PROGRAM LINUS
LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik.
PROGRAM LINUS 1.0 dan LINUS 2.0
LINUS: Literacy And Numeracy Screening GTP 1.0 (2010-2012)
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.
RASIONAL PROGRAM LINUS
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.
KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
STRATEGI PERLAKSANAAN LINUS GTP 1.0 DI SEKOLAH
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Mulai tahun 2013 terdapat 2 saringan sahaja
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.
Hasil pelaksanaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0 agak memberangsangkan, antaranya :
1. 4,589 buah prasekolah baru beroperasi yang melonjakkan enrolmen kepada 77% pada tahun 2010 dan 2011.
2. Murid tahun 2 pada 2011 telah mencapai kadar 97.5% literasi dan 98.6%numerasi 66 buah .
3. Sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 1,203 orang Guru Besar .
4. Pengetua telah menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) pada 2010 dan 2011.
5. 40% penurunan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7
GTP 2,0 (2013-2015) adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Pendidikan 2013-2015 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September 2012. Program GTP 2.0 adalah berteraskan tiga aspirasi yang telah dikenalpasti dalam sistem Pendidikan Malaysia.
1.Akses - 100% enrolmen universal dari peringkat prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun.
2.Kualiti - Kedudukan ketiga teratas antara negara yang mengambil pentaksiran antarabangsa seperti
PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun (daripada ketiga terbawah sekarang).
3.Ekuiti - 50% pengurangan jurang prestasi (contoh antarabandar dan luar bandar, antara negeri) dalam tempoh 10 tahun.
LINUS 2.0 BANTU MURID KUASAI BAHASA INGGERIS
Literacy and Numeracy Screnning (LINUS) atau lebih dikenali sebagai program peningkatan pencapaian
murid dalam penguasaan literasi dan numerasi akan diteruskan pada tahun 2013 sebagai LINUS 2.0. Ini berikutan dari kejayaan yang memberangsangkan LINUS 1.0. Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, program ini telah
menghasilkan 99.84 peratus murid Tahun Tiga berjaya menguasai literasi (membaca dan menulis) manakala 99.92 peratus murid berjaya menguasai asas numerasi (mengira).
Pencapaian Linus 1.0
LINUS 2.0 akan diteruskan pada 2013 yang akan merangkumi Basic Literacy in English sebagai pemangkin kepada persediaan graduan yang berketrampilan di peringkat antarabangsa. Melalui program LINUS 2.0, murid yang menghadapi literasi Bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan bagi membolehkan mereka setara dengan rakan-rakan yang lain dalam arus perdana.
Perubahan yang dibawa oleh LINUS 2.0
Isu Bahasa Inggeris adalah perubahan yang ketara dalam LINUS 2.0. Di samping itu juga, saringan akan
hanya dibuat dua kali setahun berbandingkan tiga kali sebelum ini dan akan melibatkan semua murid. Untuk keterangan yang lebih terperinci, guru-guru digalakkan melayari portal Government Transformation Programme
Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang PROGRAM LINUS dan diharap agar ia dapat menambahkan lagi kefahaman dan kesedaran pada masyarakat betapa pentingnya dan harapan dan impian kerajaan untuk melihat semua murid yang berada di sekolah rendah dapat membaca, menulis dan mengira sebelum menginjak kaki ke sekolah menengah. Insyaallah.
Dengan kerjasama ibu bapa dan komitmen yang jitu daripada pihak sekolah, kita berharap agar program ini berjaya dan dapat merealisasikann impian dan harapan kerajaan. Semua murid akan menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mendapat pendidikan rendah

PERBEZAAN LINUS 1.0 DAN 2.0
KEJAYAAN LINUS
Faktor-faktor Utama Memastikan Kejayaan LINUS
- Guru pemulihan LINUS ( 1:15 murid ).
- Mewujudkan jawatan FasiLINUS di PPD ( 1 : 30 sekolah ).
- Semua sekolah mesti menyertai Program LINUS ini.
- Meningkatkan kemahiran pedagogi guru melalui latihan dalam perkhidmatan dan latihan pra-perkhidmatan.
- Pemantauan berterusan oleh pihak KPM/JPN/PPD/SEKOLAH